Ahad, 30 Ogos 2015

Tutorial Bab 1

Bab 1 Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia



1.1          Pengertian Budi


Menurut Kamus Dewan (2005),  budi ialah :

  • Akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah-laku, kelakuan, watak atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.
  • Kebaikan atau kebijaksanaan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan lain.
  • Merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan       yang baik

Perkataan “ Budi ”

  • Berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu Buddhi
  • Bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar, 1970)
  • Merujuk kepada tingkah-laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain.
  • Sifat yang menggambarkan peribadi insan yang mulia. (Zaidi Daud,1996)
  • Budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah. (Imam Al- Ghazali, 2002)
  • Perkataan “ Berbudi ” dan “ Budiman ”

Menurut Islam, budi ialah :

  • Adab, sopan santun
  • Mengambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.

Menurut masyarakat Melayu, budi ialah 

  • Jasa dan Sumbangan.
  • Perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.



1.2       Pengertian Bahasa


Menurut Kamus Dewan (2002),bahasa ialah :

  • Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.


Menurut Ferdinand de Saussure (1960), bahasa ialah :

  • Satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur yang tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
  • Sistem isyarat haruslah dipersetujui dan diterima oleh ahli masyarakat.
  • Mempunyai makna dan boleh difahami oleh ahli masyarakat.

Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem.

Menurut Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.

Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.

Menurut Lutfi Abas (1985), bahasa ialah :

  • data yang dianalisis dalam linguistik.
  • Sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia




1.3       Pengertian Budi Bahasa


Terdiri daripada perkataan “ Budi ” dan “ Bahasa ”.

Budi bahasa ialah :

  • Meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang indvidu atau masyarakat.
  • Nilai-nilai murni yang telah lama diamalkan yang dapat menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.

Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa ialah :

  • Merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
  • Merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan

Budi bahasa juga bermaksud :

  • Kedudukan yang tinggi dalam agama Islam, Buddha dan Hindu.
  • Berbudi dengan harta, membantu dengan tulang empat kerat, memberi nasihat, memberi buah fikiran yang baik dan bernas, memberi tunjuk ajar dan sebagainya
  • Memberikan natijah yang baik dalam pergaulan ahli masyarakat.
  • Keharmonian kaum akan terhasil sekiranya sifat berbudi bahasa diamalkan.
  • Mencerminkan budaya
  • Membina kehidupan ummah yang sihat, sejahtera dan memperkasakan tamadun tinggi.

Menurut Islam, budi bahasa ialah :

  • Akhlak atau peribadi yang mulia.
  • Akan memiliki sikap bersopan santun

Menurut Buddha, budi bahasa ialah :

  • Konsep 5 hubungan (Ajaran Konfusius)
  • Hubungan yang harmonis diwujudkan

Menurut Hindu, budi bahasa ialah :

  • Menitikberatkan nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan
  • Mewujudkan perpaduan yang erat.




1.4       Ciri-ciri Budi Bahasa

Menurut Mustafa Hj Daud (1995), ciri-ciri budi bahasa ialah mempunyai :

  • Sifat ikhlas                                         
  • Jujur                                                   
  • Benar                                                  
  • Merendah diri
  • Pemurah
  • Suka menolong
  • berjasa dan berbakti

Ciri-ciri lain termasuklah :

  • Pemaaf                                               
  • Bersifat sabar                                      
  • Bersikap positif
  • Memiliki kesantunan yang tinggi
  • bersopan santun

Raja Ali Haji, Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati.
Contohnya : “ Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh ”

  • Bermaksud orang yang berbudi bahasa tidak mempunyai sifat zalim terhadap orang lain.


Menurut Za’ba (1950), berbudi bahasa dicernakan oleh tingkah laku yang baik, seperti bersalam, menunjukkan muka yang manis, cara duduk yang tertib, melayan tetamu dengan menghidangkan juadah, membongkokkan badan ketika melintas dan menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu.

Menurut masyarakat Melayu, ciri-ciri budi bahasa termasuklah :

  • Melarang anak dara duduk bersila
  • Memberi salam apabila bersua
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
  • Menundukkan badan ketika berjalan di hadapan orang-orang tua


1.5              Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia


1.    Budi Bahasa Masyarakat Melayu

  • Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
  • Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
  • Memberi salam apabila bertemu
  • Berpakaian menutup aurat
  • Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang

2.    Budi bahasa dalam masyarakat Cina

  • Makan menggunakan penyepit
  • Tidak mengeluarkan bunyi yang kuat semasa makan
  • Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
  • Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
  • Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
  • Individu yang sedah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak

3.    Budi Bahasa dalam Masyarakat India

  • duduk ketika makan dan menggunakan tangan
  • sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
  • tidak bising semasa bersembahyang
  • berpakaian tidak mencolok mata
  • membuka kasut ketika memasuki kuil
  • tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain