Menurut Kamus
Dewan (2005), budi ialah :
- Akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah-laku, kelakuan, watak atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.
- Kebaikan atau kebijaksanaan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan lain.
- Merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan yang baik
Perkataan “
Budi ”
- Berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu Buddhi
- Bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar, 1970)
- Merujuk kepada tingkah-laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain.
- Sifat yang menggambarkan peribadi insan yang mulia. (Zaidi Daud,1996)
- Budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah. (Imam Al- Ghazali, 2002)
- Perkataan “ Berbudi ” dan “ Budiman ”
Menurut Islam,
budi ialah :
- Adab, sopan santun
- Mengambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
Menurut
masyarakat Melayu, budi ialah
- Jasa dan Sumbangan.
- Perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.
1.2 Pengertian Bahasa
Menurut Kamus
Dewan (2002),bahasa ialah :
- Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
Menurut
Ferdinand de Saussure (1960), bahasa ialah :
- Satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur yang tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
- Sistem isyarat haruslah dipersetujui dan diterima oleh ahli masyarakat.
- Mempunyai makna dan boleh difahami oleh ahli masyarakat.
Menurut
Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak
terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem.
Menurut
Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.
Menurut
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), bahasa sebagai alat untuk menyatakan
perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
Menurut
Lutfi Abas (1985), bahasa ialah :
- data yang dianalisis dalam linguistik.
- Sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia
1.3 Pengertian Budi Bahasa
Terdiri
daripada perkataan “ Budi ” dan “ Bahasa ”.
Budi bahasa
ialah :
- Meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang indvidu atau masyarakat.
- Nilai-nilai murni yang telah lama diamalkan yang dapat menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.
Menurut Kamus
Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi
bahasa ialah :
- Merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
- Merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan
Budi bahasa
juga bermaksud :
- Kedudukan yang tinggi dalam agama Islam, Buddha dan Hindu.
- Berbudi dengan harta, membantu dengan tulang empat kerat, memberi nasihat, memberi buah fikiran yang baik dan bernas, memberi tunjuk ajar dan sebagainya
- Memberikan natijah yang baik dalam pergaulan ahli masyarakat.
- Keharmonian kaum akan terhasil sekiranya sifat berbudi bahasa diamalkan.
- Mencerminkan budaya
- Membina kehidupan ummah yang sihat, sejahtera dan memperkasakan tamadun tinggi.
Menurut Islam,
budi bahasa ialah :
- Akhlak atau peribadi yang mulia.
- Akan memiliki sikap bersopan santun
Menurut
Buddha, budi bahasa ialah :
- Konsep 5 hubungan (Ajaran Konfusius)
- Hubungan yang harmonis diwujudkan
Menurut Hindu,
budi bahasa ialah :
- Menitikberatkan nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan
- Mewujudkan perpaduan yang erat.
1.4 Ciri-ciri Budi Bahasa
Menurut
Mustafa Hj Daud (1995), ciri-ciri budi bahasa ialah mempunyai :
- Sifat ikhlas
- Jujur
- Benar
- Merendah diri
- Pemurah
- Suka menolong
- berjasa dan berbakti
Ciri-ciri lain
termasuklah :
- Pemaaf
- Bersifat sabar
- Bersikap positif
- Memiliki kesantunan yang tinggi
- bersopan santun
Raja Ali Haji,
Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait
rapat dengan hati.
Contohnya : “
Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh ”
- Bermaksud orang yang berbudi bahasa tidak mempunyai sifat zalim terhadap orang lain.
Menurut Za’ba
(1950), berbudi bahasa dicernakan oleh tingkah laku yang baik, seperti
bersalam, menunjukkan muka yang manis, cara duduk yang tertib, melayan tetamu
dengan menghidangkan juadah, membongkokkan badan ketika melintas dan
menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu.
Menurut
masyarakat Melayu, ciri-ciri budi bahasa termasuklah :
- Melarang anak dara duduk bersila
- Memberi salam apabila bersua
- Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
- Menundukkan badan ketika berjalan di hadapan orang-orang tua
1.5 Budi
Bahasa dalam Masyarakat Malaysia
1.
Budi
Bahasa Masyarakat Melayu
- Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
- Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
- Memberi salam apabila bertemu
- Berpakaian menutup aurat
- Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
2.
Budi
bahasa dalam masyarakat Cina
- Makan menggunakan penyepit
- Tidak mengeluarkan bunyi yang kuat semasa makan
- Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
- Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
- Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
- Individu yang sedah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
3.
Budi
Bahasa dalam Masyarakat India
- duduk ketika makan dan menggunakan tangan
- sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
- tidak bising semasa bersembahyang
- berpakaian tidak mencolok mata
- membuka kasut ketika memasuki kuil
- tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan