Khamis, 10 September 2015

Bab 6: Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia



6.1 Isu Pendidikan

GURU DISIPLIN CEDERA DIBELASAH OLEH 10 ORANG PELAJAR

Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunung, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku.

Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah. Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.

Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan oleh kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan. Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.

“Saya tak pasti sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat,” kata sumber berkenaan. Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.



6.2 Isu Media
Baik Buruk Televisyen



Pengenalan
·         Televisyen merupakan satu medium utama komunikasi di dalam sebuah negara.
·         Televisyen merupakan alat penyampai maklumat yang berkesan.
·         Televisyen dijadikan alat propaganda menyampaikan dakyah-dakyah sama ada positif mahupun negatif.
Peranan
·         Televisyen sebagai saluran penting yang mempengaruhi cara berfikir dan kehidupan berbudaya.
-       Setiap anggota masyarakat mengisi masa hariannya selama beberapa jam dengan menghadap televisyen.
·         Televisyen mempunyai tanggungjawab sosial yang besar terhadap keperluan masyarakat.
-       Tugas ini boleh dilaksanakan sekiranya televisyen dapat menayang, memaparkan rancangan-rancangan, gambar, iklan, tulisan, grafik dan maklumat visual yang memenuhi citra tempatan dan tidak membelakangkan budaya luhur.
·         Televisyen menggalakkan cara hidup materialisme atau cara hidup yang seimbang dan luhur.
·         Televisyen sebagai salah satu alat dalam menyemarakkan penghayatan patriotisme. 
·         Stesen televisyen berperanan untuk memupuk nilai kemanusiaan.


6.3 Isu Gejala Sosial
1. Gejala Ponteng Sekolah






Definisi Ponteng Sekolah
·        Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
-       Ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
-       Sebagai contoh, seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan.

Punca-Punca Berlakunya Ponteng Sekolah
·        Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah
-       Keadaan ini berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya.
-       Seterusnya, pelajar mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri.
·         Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
-       Pelajar hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa.
-       Ibu bapa sentiasa sibuk untuk bekerja sehingga anak-anak mereka tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa.
-       Mereka cuba untuk menarik perhatian ibu bapa dengan menggunakan cara yang negatif seperti ponteng sekolah.
-       Ibu bapa juga tidak mengambil berat tentang hal ehwal anak-anak mereka.
-       Anak-anak akan terus memonteng sehingga akhir terpaksa diberhentikan persekolahannya.
·        Pengaruh rakan sebaya
-       Pelajar akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir secara panjang.
-       Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang  munasabah.
-       Mereka memberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
·        Mencari keseronokan
-       Pelajar lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran.
-       Kebanyakan pelajar yang ponteng sekolah dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan taman-taman rekreasi.
-       Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tiada unsur hiburan.
·        Peraturan sekolah yang terlalu ketat
-       Pelajar takut dimarahi ataupun didenda oleh guru misalnya semasa tidak sempat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, datang lewat ke sekolah dan sebagainya.
·       Tekanan Ekonomi
-       Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah.
-       Mereka ingin mengelakkan diri daripada dipersenda oleh rakan-rakan.
-       Terdapat juga pelajar terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal.

Kesan Ponteng Sekolah
·        Pembaziran masa dan tenaga
-       Masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan.
·        Masyarakat memandang serong kepada pelajar
-       Masyarakat akan menghina pelajar yang ponteng sekolah dan secara tidak langsung pelajar akan memalukan maruah keluarga.
-       Masyarakat akan memarahi ibu bapa mereka kerana tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.
·        Masa depan tidak terjamin
-       Pelajar tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.
·         Menjejaskan peratus kedatangan pelajar
·         Kesan gejala ponteng sekolah kepada guru
-       Guru merasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah.
-       Menganggu proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugasan seorang guru.
-       Pelajar yang ponteng sering menganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran.

Langkah Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah
·         Pelajar-pelajar diberikan motivasi kesedaran diri
·         Ibu bapa memberikan perhatian kepada persekolahan anak-anak
·         Pihak sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah
·         Masyarakat harus mengambil berat terhadap isu tersebut
·         Kempen kesedaran tentang ”Sekolahku, syurgaku” dijalankan sepanjang tahun
·         Pihak polis membantu pihak sekolah untuk memantau kehadiran pelajar ke sekolah
·         Guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.      
          
    
2. Penyalahgunaan Dadah
Pengenalan
·         Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya.
·         Istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alcohol, tembakau, kokain, marijuana, dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan.
·         Dadah merupakan bahan kimia pembuatan, manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi yang tidak boleh digunakan oleh manusia secara langsung.
Faktor Berlakunya Isu Penyalahgunaan Dadah
·       Sikap ibu bapa yang mementingkan kerjaya
-       Anak-anak merasa kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
·        Pengaruh rakan sebaya
-       Remaja sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar.
-       Tetapi, rakan sebaya yang negatif akan mempengaruhi sikap remaja terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
·        Media massa
-       Kelakuan yang tidak senonoh yang remaja saksikan menimbulkan rasa untuk mencuba dalam hati mereka.
-       Kebanyakan gejala ini dikatakan satu cubaan meniru artis pujaan mereka yang berlakon dalam drama atau filem.

Kesan Penyalahgunaan Dadah
·        Menjejaskan kebersihan dan kesihatan diri
-       Seseorang penagih dadah akan kelihatan tidak bermaya, pucat dan akan kehilangan berat badan kerana mereka yang menggunakan dadah tidak akan menghiraukan kebersihan dan pemakanan yang teratur.
·        Kesihatan mental penagih terjejas
-       Pengambilan dadah merosakkan system saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang.
·        Menjejaskan prestasi pelajaran remaja
-       Dadah perangsang selalunya diambil oleh pelajar supaya mereka dapat belajar dengan tekun kerana dadah jenis ini menyebabkan seseorang lebih suka bercakap dengan yakin dan menjadi lebih besar hati.
·        Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah
-       Penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah.
-       Sebagai contoh, kes-kes sosial dan kenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya.

Langkah Mengatasi Masalah Penyalahgunaan Dadah
·         Ibu bapa haruslah mengambil berat tentang anak-anak dan tidak hanya mementingkan urusan kerja semata-mata.
·         Penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan.
-       Akta Dadah Berbahaya 1995
·         Pemeriksaan ujian air kencing bagi pelajar sekolah perlu dilakukan secara berkala.
·         Kempen anti dadah harus dilakukan dengan kerjasama media massa iaitu media cetak dan elektronik.
·         Media massa berperanan dengan mengadakan iklan tentang bahayanya penggunaan dadah dan memaparkan drama-drama atau filem tentang keburukan penggunaan dadah.
 
3. Isu Mat Rempit

Pengenalan
·         Panggilan’ mat rempit’ telah ditukarkan kepada panggilan ‘samseng jalanan’.
·         Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalan raya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakan.
·         Aksi samseng jalanan yang berbahaya akan menyebabkan pengguna jalan raya lain berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Punca
·        Pengaruh rakan sebaya
-       Rakan sebaya banyak menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh kelompok remaja.
-       Remaja akan mengikuti apa-apa yang dilakukan oleh rakan-rakan sebaya mereka asalkan mereka tidak dipulaukan.
·        Mengejar keseronokan
-       Remaja merempit untuk mencari keseronokan bagi mendapatkan kepuasan, kemasyhuran, wang dan juga perempuan.
-       Kepuasan dan keseronokan yang mereka kecapi adalah untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup.
·        Kurang didikan agama
-       Remaja tidak mempunyai pendidikan agama yang secukupnya daripada ibu bapa mereka.
-       Mereka tidak dapat menilai adakah sesuatu perkara yang mereka lakukan salah disisi agama ataupun tidak.
·        Desakan naluri
-       Oleh sebab desakan naluri, remaja suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang bakal ditempuh.
-       Mereka berani melakukan apa-apa sahaja yang dirasakan seronok dan menghiburkan perasaan walaupun perkara tersebut berbahaya.
·       Cara hidup
-       Kebanyakan remaja berpendidikan rendah lebih cenderung melibatkan diri dalam kancah lumba haram ini.
-       Pergaulan mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki tahap pemikiran yang sama apatah lagi sekiranya masing-masing sentiasa memberikan galakan dan semangat berbaur negatif antara satu sama lain.
·        Kurang kasih sayang ibu bapa
-       Ibu bapa yang sering sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan anak-anak kurang kasih sayang daripada ibu bapa mereka.
-       Remaja akan berasa bahawa diri mereka tidak disayangi dan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama-sama rakan sebaya.

 Kesan
·        Dari segi sosial
-       Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam.
-       Banyak rungutan dapat dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin motosikal yang kuat dan menggangu mereka beristirehat.
-       Kesan daripada kedua-dua gejala ini membawa kepada kes-kes lain seperti mencuri, pecah rumah, ragut dan lain-lain.
·        Dari segi ekonomi
-       Rata-rata mat rempit adalah mereka yang masih dalam usia remaja dan sebahagiannya masih di bangku sekolah.
-       Mereka masih bergantung pada kewangan ibu bapa masing-masing.
-       Untuk menyertai lumba haram ini mereka memerlukan wang yang banyak untuk pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol dan wang pertaruhan.
-       Oleh itu, apabila mereka terdesak untuk mendapatkan duit, mereka mula memeras ugut, meragut dan mencuri yang pastinya akan merugikan ekonomi negara kita.
·        Dari segi politik
-       Negara memerlukan anak pemuda yang berani tetapi keberanian itu perlu diletakkan pada tempatnya.
-       Keberanian remaja untuk mempertaruhkan nyawa mereka di atas jalan raya akhirnya memberikan kerugian kepada bangsa, agama dan negara.
-       Lantas bilangan masyarakat yang berkarisma dan berkepimpinan semakin berkurangan.
-       Tenaga kerja dan sumber manusia semakin sedikit.

Langkah
·         Ibu bapa harus memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
·         Pihak kerajaan haruslah mengetatkan undang-undang terhadap pelaku mat rempit.
·         Pihak sekolah haruslah memberi motivasi dan kaunseling terhadap pelajar yang terlibat dalam gejala mat rempit.

4.  Isu Vandalisme 
 

Pengenalan
·        Vandalisme ialah satu tingkah laku menconteng atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.

Punca
·        Pengaruh rakan sebaya
-       Remaja yang mengalami masalah keluarga khususnya pasti akan lebih rapat dan meluangkan lebih banyak masa bersama rakan-rakan di luar.
-       Apabila mereka berkumpul di sesuatu tempat, mereka pasti akan memikirkan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan.
-       Bagi kumpulan remaja yang tidak bermoral, akan timbul idea untuk menconteng dan merosakkan harta benda di sekeliling mereka.
·         Kurang perhatian daripada institusi kekeluargaan
-       Ibu bapa tidak menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil.
-       Ibu bapa tidak mewujudkan suasana rumah yang harmoni yang menyebabkan anak-anak berasa bosan untuk duduk di rumah.
-       Ibu bapa sering menyalahi peraturan-peraturan di tempat awam seperti membuang sampah di merata-rata dan anak-anak akan mengikut perlakuan ibu bapa mereka.

 Kesan
·       Pemandangan di sekitar kawasan terjejas
-       Kawasan-kawasan dinding atau kemudahan awam yang diconteng akan mencacatkan pemandangan terutama di kawasan bandar yang sebelumnya telah diselenggara supaya menjadi indah.
·        Memburukkan imej negara
-       Kawasan bandar merupakan tumpuan pelancong asing saban tahun.
-       Pelancong asing akan melihat keburukan yang dipaparkan oleh rakyat negara dan mereka pasti membuat tanggapan negatif terhadap negara dan masyarakat amnya.
Langkah
·         Ibu bapa harus memberi penekanan agama, kasih sayang, dorongan dan perhatian  kepada anak-anak mereka.
·         Pihak kerajaan haruslah menguatkuasa dan memperketatkan undang-undang.
·         Organisasi bukan kerajaan(NG0) mengadakan kempen kesedaran bersama organisasi kerajaan untuk menyedarkan masyarakat tentang permasalahan tersebut.

5. Isu Gangsterisme



Pengenalan
·         Penglibatan gejala gangsterisme terbahagi kepada dua golongan iaitu delinkuen dan devein.
·         Delinkuen bermaksud remaja yang bersekolah manakala devein pula merupakan golongan yang melanggar norma masyarakat setempat.

Punca
·        Pengaruh rakan sebaya
-       Menurut Artwater (1998), rakan sebaya merupakan rakan seumur dan boleh dikategorikan sebagai rakan sepermainan atau rakan seperjuangan.
-       Hal yang sedemikian, membolehkan golongan ini menerima pelbagai pengaruh melalui rakan sebaya sama ada negatif ataupun positif sesuatu perkara.
·        Media massa
-       Media massa bermaksud proses komunikasi yang mengasaskan usaha bagi mengatur sefahaman antara manusia menerusi bahasa yang diucapkan.
-       Pengaruh media massa mempengaruhi pemikiran dan perlakuan masyarakat melalui filem aksi yang ditayangkan, majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme melalui televisyen.
·        Pergolakan keluarga
-       Pergolakan keluarga membolehkan anak-anak mereka terlibat dengan gejala gangsterisme sebagai jalan kepada mereka melepaskan stress dan akhirnya menyebabkan mereka menjadi seronok seterusnya mewujudkan ahli baru dalam gang gangsterisme.
  
 Langkah
·       Pengwujudan rakan cop
-       Rakan cop merupakan antara langkah yang dibuat melibatkan kerjasama daripada masyarakat bagi mengurangkan gejala gangsterisme dalam kalangan masyarakat.
-       Melalui langkah tersebut, keberkasan mengesan aktiviti gangsterisme akan menjadi rendah dan pengurangan statistik gejala tersebut semakin rendah.
·        Pemilihan rakan
-       Individu haruslah pandai memilih rakan yang sesuai untuk dijadikan teman kerana hampir lebih 50 peratus sikap seseorang dipengaruhi oleh rakan sebaya.
·         Meminda Mahkamah Juana 1947 dengan mengetatkan hukuman kepada pesalah di bawah umur
-       Remaja semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut untuk melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata berbahaya.
·         Masyarakat haruslah mempunyai sikap prihatin dan mengambil tahu anak-anak jiran mereka.
·         Ibu bapa haruslah memberikan pendidikan agama yang cukup dan meyedarkan anak-anak tentang bahaya terlibat dalam gejala yang tidak sihat sejak mereka kecil lagi.

6. Isu Pembuangan Bayi


 Punca
·        Kurang didikan agama
-       Kesedaran agama dalam diri remaja tidak begitu menonjol kerana masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami ilmu agama.
-       Apabila kurangnya didikan agama dengan sendirinya remaja akan mudah terpengaruh untuk melakukan gejala yang tidak sihat seperti gejala pembuangan bayi.
·        Keruntuhan institusi keluarga
-       Masyarakat hari ini sibuk dengan mengejar kebendaan sehinga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar mereka dalam membina sebuah keluarga yang a=bahagia.
-       Remaja yang kekurangan kasih sayang akan cuba mencari orang lain atau rakan-rakan sebagai tempat untuk mereka mengadu masalah dan akhirnya mereka terjebak dengan gejala sosial akibat pengaruh daripada rakan-rakan.
·       Sikap masyarakat yang suka menghina
-       Masyarakat memandang hina orang yang melakukan dosa seperti berzina,buang        bayi dan sebagainya. Mereka yang terjerumus dalam gejala ini menganggap diri  mereka tidak diterima ahli masyarakat dan akhirnya wujudnya kes pembuangan bayi.

 6.4 Isu Teknologi Maklumat dan Komunikasi 
Definisi
·         Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT( Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi , memproses, meminda, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
·         Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·         Teknologi Maklumat dan komunikasi(ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
·         Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran(P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.
·         Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap.
·         Pengguna dapat membeli-belah 24jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan.
·         Rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan dengan selamat.
Komponen Teknologi Maklumat
·         Teknologi
·         Organisasi
·         Pengguna
Isu-isu Kesantunan Berbahasa Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 
·         Kata-kata sapaan yang salah
·         Penggunaan kata panggilan yang salah
·         Kelahiran bahasa rojak
·         Kata ganti nama yang tidak sesuai dan tidak bersopan
Contoh-contoh Alat ICT Yang Disalahgunakan Pada Zaman Ini Yang Menjejaskan Kesantunan
·         Jenayah siber
·         Penggodam maklumat
·         Bahan-bahan pornografi
·         Kewujudan budaya plagiarism

Langkah-langkah Mengatasi Isu Kesantunan Berbahasa Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·         Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi dalam media sosial
·         Pihak sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK
·         Kerajaan hendaklah sentiasa mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat menggunakan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK.
·         DBP hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK.

6.5 Isu-isu Tambahan
1. Isu sikap ibu bapa dan masyarakat
 
·       Isu ibu bapa dan masyarakat seperti mendera anak, merogol anak sendiri, membunuh anak sendiri dan sebagainya.



IPOH – Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki didera dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu.kes dera anak 

Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan. 
Lelaki dan wanita berusia 39 dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari sejak Sabtu lepas.


Sabtu lepas, media melaporkan pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang kanak-kanak perempuan yang dihantar ke hospital itu adalah mangsa dera susulan penemuan kesan luka pada seluruh badannya. Berikutan itu polis menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu. Akhbar hari ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan hayat. Ketua Polis Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong dilapor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda. – Bernama


(Dipetik daripada Berita Harian 2013/08/19)




   2.  Ustaz Biar Suami Merogol Anak Didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu. 

Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.  Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011. 

Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.

Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini. 

Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama. 

Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin. 

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam. 

(Dipetik daripada Berita Harian 2011/06/14)




3. Ibu Bapa Bunuh Anak Sendiri, Gagal Bunuh Diri



PETALING JAYA: Dua ibu bapa terselamat dalam dua cubaan bunuh diri. Walau bagaimanapun, seorang anak perempuan mereka berusia lima tahun meninggal dunia ketika pasangan itu cuba membunuh diri mereka sendiri serta dua anak mereka. 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bapanya yang berusia lingkungan 50 tahun dan ibunya yang berusia 30-an cuba membunuh diri kali pertama pada 11 September di rumah mereka di Sri Manja Square, off Jalan Klang Lama di sini lapor Mstar.

“Mereka membakar arang di dalam bilik tidur utama sebelum mereka sekeluarga masuk tidur tetapi tidak berjaya,” katanya.

Keesokan harinya, pasangan ibu bapa itu cuba membunuh diri lagi. Kali ini mereka berjaya membunuh anak perempuan mereka. “Anak perempuan mereka itu dipercayai meninggal dunia semasa percubaan kali kedua,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu.

Arjunaidi berkata pasangan itu membawa mayat anak perempuan mereka ke Klang bagi mencari tempat untuk melupuskannya pada 13 September. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membawa balik mayat ke rumah mereka apabila mereka tidak dapat mencari tempat yang sesuai.

Pada pagi Rabu, mayat anak perempuannya itu ditemui selepas guru tadikanya memberitahu ibu bapa kepada rakan sekelasnya untuk memeriksa muridnya yang tidak hadir ke sekolah selama lima hari.  “Ibu bapa rakan sekelas dan anaknya lelakinya pergi ke apartmen dan menekan loceng tetapi tidak ada yang menjawab,” kata Choo, yang merupakan seorang pemilik kedai di Sri Manja Square. “Anak lelaki pasangan yang cuba membunuh diri berusia tujuh tahun membuka pintu dan memberitahu mereka bahawa kakaknya telah mati.

Mereka kemudian mendapati kanak-kanak perempuan itu mati di bilik tidur utama.” Ibu bapa rakan sekelas kemudiannya menghubungi polis. “Siasatan awal menunjukkan bahawa keluarga itu menghadapi masalah kewangan. Bapa, yang merupakan seorang kontraktor sudah tidak berkerja hampir sebulan,” katanya, sambil menambah polis juga menemui wayar kabel di rumah itu. “Kami percaya mereka juga merancang untuk menggantung diri mereka tetapi kami masih menyiasat,” katanya. Arjunaidi berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala abangnya telah dihantar kepada saudara. Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


(Dipetik daripada Berita Harian 2013/09/18)



4. Ibu Pelajar Tampar Guru


Di sekolah inilah seorang guru ditampar oleh ibu pelajar

KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin. Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.  Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah. 


Dipetik daripada Kosmo


 5. Isu Pertembungan Budaya
 Isu-isu yang Dipengaruhi
·         Cara percakapan
-        Banyak bahasa barat telah bercampur ke dalam bahasa kita contohnya “Mala mini    kita pergi dinner.”.
·         Fesyen Barat
-        Masyarakat Malaysia meniru fesyen daripada barat terutamanya dari segi pemakaian.
·         Makanan dan minuman Barat
-        Dominasi makanan barat telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari ini.
-       Terdapat pelbagai jenama makanan barat di mana-mana bandar di negara kita seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hut dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi,Cola-Cola, Seven-Up dan lain-lain lagi.
·         Pergaulan bebas
·        Judi dan arak
-       Dalam Al-Quran dinyatakan judi dan arak adalah haram disisi agama Islam kerana tidak ada kebaikan langsung daripada perbuatan tersebut.
-       Manakala, budaya barat seperti “clubbing” merupakan satu budaya yang semakin popular dalam kalangan remaja. Mereka merasakan judi dan arak adalah sesuatu kegiatan yang dapat mendatangkan keseronokan dan kekayaan secara cepat.