Isnin, 7 September 2015

Bab 3 : Bentuk dan Jenis Kesantunan


3.1   Pendahuluan

  •        Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
  •              Bahasa yang digunakan dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.


3.2   Kesantunan Verbal

  •        Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Muin, 1992).
  •         Kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat.
  •         Kamus Dewan (1984), mendefinisikan lisan sebagai sesuatu yang diucapkan dengan tidak bertulis.
  •         Kesantunan berbahasa verbal ditonjolkan terutamanya
  •         Semasa bercakap dengan orang lain
  •         Bergurau senda dengan rakan-rakan
  •         Menyampaikan maklumat
  •         Bertanyakan sesuatu
  •         Membuat pembentangan kepada umum

3.3   Komunikasi Nonverbal

  •          Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.
  •         Tujuan komunikasi bukan verbal adalah untuk menyampaikan mesejyang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.
  •         Fungsi Komunikasi Nonverbal
  •          Pengulangan 
  •          Penggantian 
  •          Kontradiksi 
  •          Pelengkap 
  •          Penegasan 

     Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal

          Gerakan anggota badan
  •         Isyarat gerakan tangan
  •          Isyarat air muka
  •            Bahasa tubuh
           Gerakan Mata
  •          Mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan
          Gerakan tangan
  •          Sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan.
  •          Mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
           Mimik Muka
  •             Air muka menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
  •         Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi.


3.4  
Kesantunan Lisan

  •         Dikenali sebagai komunikasi verbal
  •         Merupakan komunikasi dua hala yang melibatkan dua orang
  •      Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain
  •         Melalui aktiviti seperti perbualan wawancana, ucapan, pengacara majlis, pengumuman dan lain-lain

Kesantunan dalam komunikasi:
·         penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
·         penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
Aspek-aspek bahasa yang perlu diambil perhatian

Dari segi bahasa:
  •         Sebutan yang sempurna
  •     Suara dan intonasi yang sopan
  •      Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
  •         Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
  •      Penggunaan sistem panggilan yang betul
  •      Gaya bahasa yang sesuai
  •      Isu perbincangan yang tidak sensitif
Dari segi bahasa tubuh badan:
  •          Gaya percakapan yang sopan
  •       Pandangan mata yang sesuai
  •      Gerak laku yang bertatasusila
  •       Mimik muka yang positif
  •      Hayunan tangan yang sesuai
  •       Imej diri
Komunikasi secara lisan
            Rasmi / Formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain-lain
Tidak rasmi / tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi dan lain-lain
  •             Pemilihan kata mestilah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan
  •       Ragam bahasa mesti dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan kesantunan bahasa tetap terpelihara
  •       Ragam bahasa yang digunakan dalam semua suasana dan urusan rasmi mesti mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistic, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya
  •       Penggunaan kata ganti nama dan kata panggilan hormat serta pangkat

Kata Ganti Nama Diri
Bahasa Santun
Bahasa Kasar
Pertama
Saya, Kami
Aku
Kedua
Anda, Awak
Engkau, kamu
Ketiga
Dia, beliau, mereka
Keparat itu

       3.5     Kesantunan Penulisan

  •             Memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal
  •       Perlu berfikir serius sebelum menyampaikan sesuatu mesej
  •       Memerlukan penelitian yang mendalam serius
  •       Kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambing-lambang tulisan untuk dibaca
  •        Boleh dilihat melalui bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.

Komunikasi penulisan:
Formal / rasmi - surat rasmi, laporan, kertas kerja, ucapan rasmi, pidota, minit mesyuarat.
Tidak formal / tidak rasmi - penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain

Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian :
  •          Penggunaan kata panggilan yang betul
  •       Kata sapaan yang betul
  •          Gaya bahasa yang betul
  •      Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  •       Isi yang tidak sensitif


Tiada ulasan:

Catat Ulasan