4.1 Jenis-jenis Peraturan Bahasa
Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu.
Peraturan berbahasa terbahagi kepada tiga :
- Peraturan linguistik
- Menitikberatkan ketepatan bentuk dan binasa bahasa
- Aspek-aspek termasuklah sebutan, intonasi dan tatabahasa.
- Peraturan sosiolinguistik
- Terdapat dua bentuk : Menitikberatkan hubungan sosial antara perbicara dengan pendengar dan menitikberatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.
- merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang lain.
- Peraturan pragmatik
- menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.
- Aspek-aspek yang perlu dipatuhi : pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
4.2 Jarak Sosial
- adalah keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain.
- Menurut sarjana barat seperti Pitirin A. Sorikin, pelapisan sosial merupakan perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki.
- Perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya.
- Perbezaan ilmu pengetahuan kemajuan yang dimiliki seseorang atau masyarakat
- Dalam pertuturan berbahasa, jarak sosial ialah pemisahan sosial yang wujud di antara individu dengan individu.
4.3 Konteks Percakapan
- Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa.
- Menurut Hymes, Brown (1993:89), menyatakan bahawa komponen-komponen tutur yang merupakan ciri-ciri konteks percakapan dibahagikan kepada 8 jenis iaitu : penutur dan pendengar, topik pembicaraan, latar, penghubung bahasa lisan dan tulisan, laras bahasa, bentuk pesanan, dan peristiwa percakapan.
- Penutur dan pendengar yang terlibat dalam percakapan disebut peserta
- Aspek-aspek yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain
- Dengan mengetahui latar belakang peserta, penutur dapat menginterpretasikan apa-apa yang hendak dituturkan.
Topik pembicaraan
- Pendengar akan memahami isi wacana, sebab topik pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza.
- Penutur dan pendengar dapat mengambil dan memahami makna wacana berdasarkan topik yang sedang dibicarakan.
Latar Peristiwa
- merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar, atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan.
- medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan
- seorang penutur dapat menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan untuk menyampaikan maklumat.
- Ujaran secara lisan dapat pula dibezakan menjadi ragam resmi dan tidak resmi
Laras Bahasa
- Penutur dan pendengar dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan.
Bentuk Pesanan dan Maklumat
- Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah tepat, kerana bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental.
- Pesanan dan maklumat mungkin tidak sampai kepada pendengar
- Contohnya, jika pendengarnya bersifat umum dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat maka bentuk pesanan dan maklumat harus juga bersifat umum.
Peristiwa Percakapan
- Peristiwa percakapan ialah peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan
- Peristiwa percakapan tersebut dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan
- Contohnya, wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya dengan wacana untuk seminar.
4.4 Tujuan dan Matlamat
- Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informatif, wacana khas seperti majlis perasmian, majlis perpisahan atau hiburan.
- Tujuan dan matlamat peraturan percakapan juga berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan sosioekonomi.
- Tujuan percakapan perlu selari dengan kekhususan topik yang dibicarakan, seperti bidang ilmiah, bidang industri, bidang pemasaran dan lain-lain
- Tujuan juga harus bertepatan dengan suasana keadaan seperti tempat berlangungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa, kemudahan yang ada dan kesediaan khalayak.
- Dalam percakapan, kita harus bercakap tentang perkara penting dahulu
- Perkara yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang.
4.5 Giliran Bercakap
- Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap.
- Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
- Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap.
- Berikut adalah beberapa contoh pola penggiliran dengan cara pertanyaan : "Menurut pandangan kamu bagaimana?", "Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?", "Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik.", "Bagaimana menurut pendapat anda."
- Berikut adalat aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib :
Dalam keluarga
- Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek
- ibu dan bapa
- kakak atau abang yang lebih besar
- Pihak yang paling kecil, khususnya adik.
Di sekolah :
- Pengetua atau guru besar
- Penolong kanan sekolah
- ketua unit atau jabatan
- Para pensyarah atau guru
- Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
- Para pelajar
4.6 Memulakan dan Mengakhiri percakapan
- Masyarakat Melayu menggunakan percakapan yang santun.
- Bagi masyarakat Melayu, percakapan yang santun haruslah dimulai dengan perkataan "Assalamualaikum" dengan "Salam sejahtera", "selamat pagi", "hello, apa khabar" dan memberikan kata hormat kepada hadirin, orang yang berpengaruh dan orang yang lebih tua.
- "Terima kasihlah kerana sudi datang"
Contohnya, mengakhiri percakapan dengan permohonan maaf.
- "Minta maaflah jika kedatangan kami kali ini mengganggu saudara."
4.7 Pemilihan kata
- Pemilihan kata dan tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam sesuatu masyarakat untuk kita berkomunikasi.
- Pemilihan diksi beserta wacana yang sesuai perlu dalam kesantunan berbahasa. Pemilihan unsur bahasa tersebut berbeza sesuai dengan tujuan dan matlamat orang.
Contohnya :
- Pemilihan kata menerusi penceritaan memerlukan ayat yang menarik kata yang puitis, dan bahasa yang santun agar pembaca terpesona dan berminat untuk mendengar.
- Pemilihan kata dalam wacana lisan pula lebih cenderung kepada kata-kata pujian seperti "anda hebat", "penyampaian tuan memukau hadirin" dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan