Isnin, 7 September 2015

Bab 2 Kesantunan Berbahasa





2.1          Konsep Kesantunan

Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.

Menurut Sariyan (2007), kesantunan merupakan :
  • penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
  • Aturan perikalu yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu.
  • Sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan seharian.

Kesantunan merangkumi aspek-aspek seperti :
  • Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus
  • Kesantunan sangat kontekstual
  • Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak
  • Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan

2.2          Takrifan Kesantunan oleh Tokoh-tokoh dunia

Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu  ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.

Kesantunan terbahagi kepada 2 :
  •           Kesantunan asas
  •           Kesantunan berkala

Kesantunan asas ialah pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
Kesantunan berkala ialah kesantunana yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.

Menurut Leech(1983), kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Menurut J. Ferguson dan Das Gupta (1968), kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Merujuk kepada aspek nonverbal, seperti tingkah laku, mimik muka dan nada suara :
  •  Menurut Lakoff (1975), kesantunan sebagai perlakuan untuk mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi yang berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal.
  •  Menurut Brown dan Levinson (1987), kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar.
  • Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
  • Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancaran peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang tertentu.




2.3          Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

Menurut Asmah (2000), muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka.

Muka = Maruah diri

Peribahasa seperti “ Muka Sengkalan ”, “ Muka bantal ”, “Muka Papan ” menunjukkan bahawa orang Melayu sangat mementingkan “ malu ” dan “ air muka ”.

Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji.

Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.

Penggunaan bahasa juga merupakan salah satu punca malu. Masyarakat Melayu ditegah untuk :
  • Menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
  •  Menyampai-nyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada seorang yang lain
  •   Percakapan seseorang tidak boleh terlebih-lebih
  •  Penjagaan lidah juga sama penting dengan penjagaan mulut. Sekiranya lidah digunakan dalam  perkara yang buruk, peribahasa seperti “ lidah bercabang ” dan “ lidah buaya ” diperkenalkan.  Manakala, sekiranya lidah digunakan secara positif, peribahasa seperti “ lidah manis ” dan “  lidah pendita ” diperkenalkan.



2.4          Kesantunan Merentas Budaya

Konsep
Menurut Edward B. Taylor, budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Menurut Kamus Dewan Bahasa (2002), budaya sebagai tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir,kelakuan dan lain-lain).

Secara keseluruhannya, kebudayaan ialah cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani demi kesejahteraan hidup.

Kebudayaan dan kesantunan mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Budaya sesuatu masyarakat akan dipandang tinggi atau rendah adalah bergantung pada nilai kesantunan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat.

Komunikasi Silang Budaya :
  • Proses komunikasi yang melibatkan individu daripada pelbagai latar bangsa, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
  • Proses komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks, seperti konteks pendidikan
  • Dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia, kepercayaan, dan tingkah laku, etika serta tanggapan terhadap sesuatu hubungan.
  • Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan akan meningkatkan risiko berlakunya salah faham.

Contoh-contoh nilai kesantunan masyarakat Melayu :
  • Memberi salam apabila bersua muka
  •  Panggilan yang baik kepada seseorang
  •  Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap

Contoh-contoh nilai kesantunan masyarakat Cin
  • Orang tua makan dahulu
  •  Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi
  •  Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah

Contoh-contoh nilai kesantunan masyarakat India :
  • Duduk bersila semasa makan
  •  Tidak membazirkan makanan
  •   Senyap semasa bersembahyang

Guru-guru haruslah mendidik anak-anak murid tanpa mengira kulit badan, bangsa dan budaya. Nilai-nilai kesantunan yang harus diamalkan oleh guru dari segi :
  • Kesantunan berpakaian  
  • Kesantunan tingaklaku
  • Kesantunan berkomunikasi







Tiada ulasan:

Catat Ulasan