6.1 Isu
Pendidikan
GURU DISIPLIN CEDERA DIBELASAH OLEH
10 ORANG PELAJAR
Alor Setar: Seorang guru disiplin
cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah
di Jalan Gunung, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang
lambat menyertai perhimpunan semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu,
kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan
dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat
apa yang berlaku.
Sumber berkata, guru berusia 40-an
yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan,
bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah. Pelajar
lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk
membantu guru berkenaan.
Malah, rotan yang dibawa guru itu
juga dipatahkan oleh kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran
berkenaan. Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas
insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.
“Saya tak pasti sejauh mana
kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat,”
kata sumber berkenaan. Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak
berjaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, mengesahkan menerima laporan
kejadian berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes
masih dalam siasatan.
|
6.2 Isu Media
Baik Buruk Televisyen
·
Televisyen
merupakan satu medium utama komunikasi di dalam sebuah negara.
·
Televisyen
merupakan alat penyampai maklumat yang berkesan.
·
Televisyen
dijadikan alat propaganda menyampaikan dakyah-dakyah sama ada positif mahupun
negatif.
Peranan
·
Televisyen
sebagai saluran penting yang mempengaruhi cara berfikir dan kehidupan
berbudaya.
-
Setiap
anggota masyarakat mengisi masa hariannya selama beberapa jam dengan menghadap
televisyen.
·
Televisyen
mempunyai tanggungjawab sosial yang besar terhadap keperluan masyarakat.
-
Tugas
ini boleh dilaksanakan sekiranya televisyen dapat menayang, memaparkan
rancangan-rancangan, gambar, iklan, tulisan, grafik dan maklumat visual yang
memenuhi citra tempatan dan tidak membelakangkan budaya luhur.
·
Televisyen
menggalakkan cara hidup materialisme atau cara hidup yang seimbang dan luhur.
·
Televisyen
sebagai salah satu alat dalam menyemarakkan penghayatan patriotisme.
·
Stesen
televisyen berperanan untuk memupuk nilai kemanusiaan.
6.3 Isu Gejala
Sosial
Definisi Ponteng Sekolah
·
Ponteng
merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
-
Ponteng
merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
-
Sebagai
contoh, seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan.
Punca-Punca
Berlakunya Ponteng Sekolah
· Kurang
berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah
-
Keadaan
ini berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan
tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata
pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya.
-
Seterusnya,
pelajar mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan
akibat kelemahan diri mereka sendiri.
·
Kurangnya
kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
-
Pelajar
hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa.
-
Ibu
bapa sentiasa sibuk untuk bekerja sehingga anak-anak mereka tidak dapat
menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa.
-
Mereka
cuba untuk menarik perhatian ibu bapa dengan menggunakan cara yang negatif
seperti ponteng sekolah.
-
Ibu
bapa juga tidak mengambil berat tentang hal ehwal anak-anak mereka.
-
Anak-anak
akan terus memonteng sehingga akhir terpaksa diberhentikan persekolahannya.
·
Pengaruh
rakan sebaya
-
Pelajar
akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir
secara panjang.
-
Rakan-rakan
yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah.
-
Mereka
memberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan
ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
· Mencari
keseronokan
-
Pelajar
lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran.
-
Kebanyakan
pelajar yang ponteng sekolah dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di
suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan
taman-taman rekreasi.
-
Bagi
mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tiada unsur
hiburan.
· Peraturan
sekolah yang terlalu ketat
-
Pelajar
takut dimarahi ataupun didenda oleh guru misalnya semasa tidak sempat
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, datang lewat ke sekolah dan
sebagainya.
· Tekanan
Ekonomi
-
Taraf
ekonomi keluarga pelajar yang rendah menyebabkan mereka malu untuk pergi ke
sekolah.
-
Mereka
ingin mengelakkan diri daripada dipersenda oleh rakan-rakan.
-
Terdapat
juga pelajar terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan
mereka tidak berdaya untuk bangun awal.
Kesan Ponteng Sekolah
· Pembaziran
masa dan tenaga
-
Masa
yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan.
· Masyarakat
memandang serong kepada pelajar
-
Masyarakat
akan menghina pelajar yang ponteng sekolah dan secara tidak langsung pelajar
akan memalukan maruah keluarga.
-
Masyarakat
akan memarahi ibu bapa mereka kerana tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan
baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.
· Masa
depan tidak terjamin
-
Pelajar
tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal
peneraju yang berwawasan.
·
Menjejaskan
peratus kedatangan pelajar
·
Kesan
gejala ponteng sekolah kepada guru
-
Guru
merasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lainnya
kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah.
-
Menganggu
proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugasan seorang
guru.
-
Pelajar
yang ponteng sering menganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan
pencapaian mata pelajaran.
Langkah Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah
·
Pelajar-pelajar
diberikan motivasi kesedaran diri
·
Ibu
bapa memberikan perhatian kepada persekolahan anak-anak
·
Pihak
sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah
·
Masyarakat
harus mengambil berat terhadap isu tersebut
·
Kempen
kesedaran tentang ”Sekolahku, syurgaku” dijalankan sepanjang tahun
·
Pihak
polis membantu pihak sekolah untuk memantau kehadiran pelajar ke sekolah
·
Guru
mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Pengenalan
·
Penyalahgunaan
dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya.
·
Istilah
yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi
alcohol, tembakau, kokain, marijuana, dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan.
·
Dadah
merupakan bahan kimia pembuatan, manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan
itu dihasilkan secara semulajadi yang tidak boleh digunakan oleh manusia secara
langsung.
Faktor Berlakunya Isu
Penyalahgunaan Dadah
· Sikap
ibu bapa yang mementingkan kerjaya
-
Anak-anak
merasa kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
· Pengaruh
rakan sebaya
-
Remaja
sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar.
-
Tetapi,
rakan sebaya yang negatif akan mempengaruhi sikap remaja terbabit dalam
penyalahgunaan dadah.
· Media
massa
-
Kelakuan
yang tidak senonoh yang remaja saksikan menimbulkan rasa untuk mencuba dalam
hati mereka.
-
Kebanyakan
gejala ini dikatakan satu cubaan meniru artis pujaan mereka yang berlakon dalam
drama atau filem.
Kesan
Penyalahgunaan Dadah
· Menjejaskan
kebersihan dan kesihatan diri
-
Seseorang
penagih dadah akan kelihatan tidak bermaya, pucat dan akan kehilangan berat
badan kerana mereka yang menggunakan dadah tidak akan menghiraukan kebersihan
dan pemakanan yang teratur.
· Kesihatan
mental penagih terjejas
-
Pengambilan
dadah merosakkan system saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang.
·
Menjejaskan
prestasi pelajaran remaja
-
Dadah
perangsang selalunya diambil oleh pelajar supaya mereka dapat belajar dengan
tekun kerana dadah jenis ini menyebabkan seseorang lebih suka bercakap dengan
yakin dan menjadi lebih besar hati.
· Peningkatan
kes-kes sosial dan jenayah
-
Penagih
sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa
sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah.
-
Sebagai
contoh, kes-kes sosial dan kenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan,
rogol, pembunuhan dan sebagainya.
Langkah
Mengatasi Masalah Penyalahgunaan Dadah
·
Ibu
bapa haruslah mengambil berat tentang anak-anak dan tidak hanya mementingkan
urusan kerja semata-mata.
·
Penguatkuasaan
undang-undang perlu diperketatkan.
-
Akta
Dadah Berbahaya 1995
·
Pemeriksaan
ujian air kencing bagi pelajar sekolah perlu dilakukan secara berkala.
·
Kempen
anti dadah harus dilakukan dengan kerjasama media massa iaitu media cetak dan
elektronik.
·
Media
massa berperanan dengan mengadakan iklan tentang bahayanya penggunaan dadah dan
memaparkan drama-drama atau filem tentang keburukan penggunaan dadah.
3. Isu Mat
Rempit
·
Panggilan’
mat rempit’ telah ditukarkan kepada panggilan ‘samseng jalanan’.
·
Trend
menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalan raya dengan pelbagai bentuk gaya
oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakan.
·
Aksi
samseng jalanan yang berbahaya akan menyebabkan pengguna jalan raya lain berada
dalam keadaan yang membimbangkan.
Punca
· Pengaruh
rakan sebaya
-
Rakan
sebaya banyak menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh kelompok
remaja.
-
Remaja
akan mengikuti apa-apa yang dilakukan oleh rakan-rakan sebaya mereka asalkan
mereka tidak dipulaukan.
· Mengejar
keseronokan
-
Remaja
merempit untuk mencari keseronokan bagi mendapatkan kepuasan, kemasyhuran, wang
dan juga perempuan.
-
Kepuasan
dan keseronokan yang mereka kecapi adalah untuk melepaskan diri sementara dari
tekanan hidup.
· Kurang
didikan agama
-
Remaja
tidak mempunyai pendidikan agama yang secukupnya daripada ibu bapa mereka.
-
Mereka
tidak dapat menilai adakah sesuatu perkara yang mereka lakukan salah disisi
agama ataupun tidak.
·
Desakan
naluri
-
Oleh
sebab desakan naluri, remaja suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang
bakal ditempuh.
-
Mereka
berani melakukan apa-apa sahaja yang dirasakan seronok dan menghiburkan
perasaan walaupun perkara tersebut berbahaya.
· Cara
hidup
-
Kebanyakan
remaja berpendidikan rendah lebih cenderung melibatkan diri dalam kancah lumba
haram ini.
-
Pergaulan
mereka hanya terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki tahap pemikiran
yang sama apatah lagi sekiranya masing-masing sentiasa memberikan galakan dan
semangat berbaur negatif antara satu sama lain.
·
Kurang
kasih sayang ibu bapa
-
Ibu
bapa yang sering sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan anak-anak
kurang kasih sayang daripada ibu bapa mereka.
-
Remaja
akan berasa bahawa diri mereka tidak disayangi dan mengambil jalan mudah dengan
mencari hiburan di luar rumah bersama-sama rakan sebaya.
Kesan
·
Dari
segi sosial
-
Pembangunan
sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit mengancam ketenteraman dan
ketenangan suasana malam.
-
Banyak
rungutan dapat dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin
motosikal yang kuat dan menggangu mereka beristirehat.
-
Kesan
daripada kedua-dua gejala ini membawa kepada kes-kes lain seperti mencuri,
pecah rumah, ragut dan lain-lain.
· Dari
segi ekonomi
-
Rata-rata
mat rempit adalah mereka yang masih dalam usia remaja dan sebahagiannya masih
di bangku sekolah.
-
Mereka
masih bergantung pada kewangan ibu bapa masing-masing.
-
Untuk
menyertai lumba haram ini mereka memerlukan wang yang banyak untuk
pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol dan wang
pertaruhan.
-
Oleh
itu, apabila mereka terdesak untuk mendapatkan duit, mereka mula memeras ugut,
meragut dan mencuri yang pastinya akan merugikan ekonomi negara kita.
· Dari
segi politik
-
Negara
memerlukan anak pemuda yang berani tetapi keberanian itu perlu diletakkan pada
tempatnya.
-
Keberanian
remaja untuk mempertaruhkan nyawa mereka di atas jalan raya akhirnya memberikan
kerugian kepada bangsa, agama dan negara.
-
Lantas
bilangan masyarakat yang berkarisma dan berkepimpinan semakin berkurangan.
-
Tenaga
kerja dan sumber manusia semakin sedikit.
Langkah
·
Ibu
bapa harus memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada
anak-anak mereka.
·
Pihak
kerajaan haruslah mengetatkan undang-undang terhadap pelaku mat rempit.
·
Pihak
sekolah haruslah memberi motivasi dan kaunseling terhadap pelajar yang terlibat
dalam gejala mat rempit.
4. Isu Vandalisme
· Vandalisme
ialah satu tingkah laku menconteng atau merosakkan harta benda awam atau
persendirian.
Punca
·
Pengaruh
rakan sebaya
-
Remaja
yang mengalami masalah keluarga khususnya pasti akan lebih rapat dan meluangkan
lebih banyak masa bersama rakan-rakan di luar.
-
Apabila
mereka berkumpul di sesuatu tempat, mereka pasti akan memikirkan sesuatu
aktiviti yang menyeronokkan.
-
Bagi
kumpulan remaja yang tidak bermoral, akan timbul idea untuk menconteng dan
merosakkan harta benda di sekeliling mereka.
·
Kurang
perhatian daripada institusi kekeluargaan
-
Ibu
bapa tidak menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri anak-anak sejak mereka
masih kecil.
-
Ibu
bapa tidak mewujudkan suasana rumah yang harmoni yang menyebabkan anak-anak
berasa bosan untuk duduk di rumah.
-
Ibu
bapa sering menyalahi peraturan-peraturan di tempat awam seperti membuang
sampah di merata-rata dan anak-anak akan mengikut perlakuan ibu bapa mereka.
Kesan
· Pemandangan
di sekitar kawasan terjejas
-
Kawasan-kawasan
dinding atau kemudahan awam yang diconteng akan mencacatkan pemandangan
terutama di kawasan bandar yang sebelumnya telah diselenggara supaya menjadi
indah.
· Memburukkan
imej negara
-
Kawasan
bandar merupakan tumpuan pelancong asing saban tahun.
-
Pelancong
asing akan melihat keburukan yang dipaparkan oleh rakyat negara dan mereka
pasti membuat tanggapan negatif terhadap negara dan masyarakat amnya.
·
Ibu
bapa harus memberi penekanan agama, kasih sayang, dorongan dan perhatian kepada anak-anak mereka.
·
Pihak
kerajaan haruslah menguatkuasa dan memperketatkan undang-undang.
·
Organisasi
bukan kerajaan(NG0) mengadakan kempen kesedaran bersama organisasi kerajaan
untuk menyedarkan masyarakat tentang permasalahan tersebut.
Pengenalan
·
Penglibatan
gejala gangsterisme terbahagi kepada dua golongan iaitu delinkuen dan devein.
·
Delinkuen
bermaksud remaja yang bersekolah manakala devein pula merupakan golongan yang
melanggar norma masyarakat setempat.
Punca
· Pengaruh
rakan sebaya
-
Menurut
Artwater (1998), rakan sebaya merupakan rakan seumur dan boleh dikategorikan
sebagai rakan sepermainan atau rakan seperjuangan.
-
Hal
yang sedemikian, membolehkan golongan ini menerima pelbagai pengaruh melalui
rakan sebaya sama ada negatif ataupun positif sesuatu perkara.
· Media
massa
-
Media
massa bermaksud proses komunikasi yang mengasaskan usaha bagi mengatur
sefahaman antara manusia menerusi bahasa yang diucapkan.
-
Pengaruh
media massa mempengaruhi pemikiran dan perlakuan masyarakat melalui filem aksi
yang ditayangkan, majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme
melalui televisyen.
· Pergolakan
keluarga
-
Pergolakan
keluarga membolehkan anak-anak mereka terlibat dengan gejala gangsterisme
sebagai jalan kepada mereka melepaskan stress dan akhirnya menyebabkan mereka
menjadi seronok seterusnya mewujudkan ahli baru dalam gang gangsterisme.
Langkah
Langkah
· Pengwujudan
rakan cop
-
Rakan
cop merupakan antara langkah yang dibuat melibatkan kerjasama daripada
masyarakat bagi mengurangkan gejala gangsterisme dalam kalangan masyarakat.
-
Melalui
langkah tersebut, keberkasan mengesan aktiviti gangsterisme akan menjadi rendah
dan pengurangan statistik gejala tersebut semakin rendah.
· Pemilihan
rakan
-
Individu
haruslah pandai memilih rakan yang sesuai untuk dijadikan teman kerana hampir
lebih 50 peratus sikap seseorang dipengaruhi oleh rakan sebaya.
·
Meminda
Mahkamah Juana 1947 dengan mengetatkan hukuman kepada pesalah di bawah umur
-
Remaja
semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut untuk melakukan kesalahan
jenayah termasuk menggunakan senjata berbahaya.
·
Masyarakat
haruslah mempunyai sikap prihatin dan mengambil tahu anak-anak jiran mereka.
·
Ibu
bapa haruslah memberikan pendidikan agama yang cukup dan meyedarkan anak-anak
tentang bahaya terlibat dalam gejala yang tidak sihat sejak mereka kecil lagi.
Punca
· Kurang
didikan agama
-
Kesedaran
agama dalam diri remaja tidak begitu menonjol kerana masing-masing menjauhkan
diri daripada mendalami ilmu agama.
-
Apabila
kurangnya didikan agama dengan sendirinya remaja akan mudah terpengaruh untuk
melakukan gejala yang tidak sihat seperti gejala pembuangan bayi.
·
Keruntuhan
institusi keluarga
-
Masyarakat
hari ini sibuk dengan mengejar kebendaan sehinga mereka lupa akan tanggungjawab
sebenar mereka dalam membina sebuah keluarga yang a=bahagia.
-
Remaja
yang kekurangan kasih sayang akan cuba mencari orang lain atau rakan-rakan
sebagai tempat untuk mereka mengadu masalah dan akhirnya mereka terjebak dengan
gejala sosial akibat pengaruh daripada rakan-rakan.
· Sikap
masyarakat yang suka menghina
- Masyarakat memandang hina orang yang melakukan
dosa seperti berzina,buang bayi dan sebagainya. Mereka yang terjerumus
dalam gejala ini menganggap diri mereka
tidak diterima ahli masyarakat dan akhirnya wujudnya kes pembuangan bayi.
6.4 Isu Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Definisi
· Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau ICT( Information and Communication Technology)
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara tepat dan mudahnya
adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi ,
memproses, meminda, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
·
Teknologi
maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan
televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Fungsi-fungsi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·
Teknologi
Maklumat dan komunikasi(ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat
keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat
meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
·
Guru-guru
juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk
tujuan pembelajaran dan pengajaran(P&P) dan tahu menggunakan teknologi
komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit dan
perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan
perkataan, hamparan elektronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.
·
Pendidikan
jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap.
·
Pengguna
dapat membeli-belah 24jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual
yang membosankan.
·
Rangkaian
teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan
dengan selamat.
Komponen
Teknologi Maklumat
·
Teknologi
·
Organisasi
·
Pengguna
Isu-isu
Kesantunan Berbahasa Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·
Kata-kata
sapaan yang salah
·
Penggunaan
kata panggilan yang salah
·
Kelahiran
bahasa rojak
·
Kata
ganti nama yang tidak sesuai dan tidak bersopan
Contoh-contoh
Alat ICT Yang Disalahgunakan Pada Zaman Ini Yang Menjejaskan Kesantunan
·
Jenayah
siber
·
Penggodam
maklumat
·
Bahan-bahan
pornografi
·
Kewujudan
budaya plagiarism
Langkah-langkah
Mengatasi Isu Kesantunan Berbahasa Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·
Ibu
bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa
berinteraksi dalam media sosial
·
Pihak
sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan
TMK
·
Kerajaan
hendaklah sentiasa mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat menggunakan
bahasa yang betul semasa menggunakan TMK.
·
DBP
hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul semasa
menggunakan TMK.
6.5 Isu-isu
Tambahan
1. Isu sikap
ibu bapa dan masyarakat
·
Isu
ibu bapa dan masyarakat seperti mendera anak, merogol anak sendiri, membunuh
anak sendiri dan sebagainya.
IPOH – Perintah reman terhadap
ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki didera dan kini dirawat
di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini,
dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu.kes dera anak
Perintah sambungan reman itu dikeluarkan
Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi
membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan.
Lelaki dan wanita berusia 39
dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari sejak Sabtu
lepas.
Sabtu lepas, media melaporkan
pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang
kanak-kanak perempuan yang dihantar ke hospital itu adalah mangsa dera
susulan penemuan kesan luka pada seluruh badannya. Berikutan itu polis
menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu. Akhbar
hari ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung
kepada mesin bantuan hayat. Ketua Polis Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong
dilapor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit boleh dihukum penjara tujuh
tahun atau denda. – Bernama
(Dipetik daripada Berita Harian
2013/08/19)
|
2. Ustaz Biar Suami Merogol Anak
Didakwa
KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan
suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman
mereka, dua bulan lalu.
Wanita berusia 33 tahun itu,
bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan
hakim, Roszianayati Ahmad. Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan
ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan
gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac
2011.
Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini
Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan
kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur
ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada
mangsa dan anak-anak wanita itu.
Roszianayati memutuskan tiada
jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak
pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya
di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.
Sementara itu, suami ustazah
berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya
itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul
kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan yang diwakili
Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum
Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau
merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk
menelefon penjamin.
Mahkamah menetapkan 13 Julai
depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.
(Dipetik daripada Berita Harian
2011/06/14)
|
3. Ibu Bapa Bunuh Anak Sendiri, Gagal
Bunuh Diri
PETALING JAYA: Dua ibu bapa terselamat dalam dua
cubaan bunuh diri. Walau bagaimanapun, seorang anak perempuan mereka berusia lima
tahun meninggal dunia ketika pasangan itu cuba membunuh diri mereka sendiri
serta dua anak mereka.
Ketua Polis Daerah Petaling
Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bapanya yang berusia
lingkungan 50 tahun dan ibunya yang berusia 30-an cuba membunuh diri kali
pertama pada 11 September di rumah mereka di Sri Manja Square, off Jalan
Klang Lama di sini lapor Mstar.
“Mereka membakar arang di dalam bilik tidur utama sebelum mereka sekeluarga masuk tidur tetapi tidak berjaya,” katanya.
Keesokan harinya, pasangan ibu
bapa itu cuba membunuh diri lagi. Kali ini mereka berjaya membunuh anak
perempuan mereka. “Anak perempuan mereka itu dipercayai meninggal dunia
semasa percubaan kali kedua,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian
pada Rabu.
Arjunaidi berkata pasangan itu membawa mayat anak perempuan mereka ke Klang bagi mencari tempat untuk melupuskannya pada 13 September. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membawa balik mayat ke rumah mereka apabila mereka tidak dapat mencari tempat yang sesuai.
Pada pagi Rabu, mayat anak
perempuannya itu ditemui selepas guru tadikanya memberitahu ibu bapa kepada
rakan sekelasnya untuk memeriksa muridnya yang tidak hadir ke sekolah selama
lima hari. “Ibu bapa rakan sekelas dan anaknya lelakinya pergi ke apartmen
dan menekan loceng tetapi tidak ada yang menjawab,” kata Choo, yang merupakan
seorang pemilik kedai di Sri Manja Square. “Anak lelaki pasangan yang cuba
membunuh diri berusia tujuh tahun membuka pintu dan memberitahu mereka bahawa
kakaknya telah mati.
Mereka kemudian mendapati
kanak-kanak perempuan itu mati di bilik tidur utama.” Ibu bapa rakan sekelas
kemudiannya menghubungi polis. “Siasatan awal menunjukkan bahawa keluarga itu
menghadapi masalah kewangan. Bapa, yang merupakan seorang kontraktor sudah
tidak berkerja hampir sebulan,” katanya, sambil menambah polis juga menemui
wayar kabel di rumah itu. “Kami percaya mereka juga merancang untuk
menggantung diri mereka tetapi kami masih menyiasat,” katanya. Arjunaidi
berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala
abangnya telah dihantar kepada saudara. Beliau berkata kes itu disiasat di
bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
(Dipetik daripada Berita Harian 2013/09/18) |
4. Ibu Pelajar Tampar Guru
KANGAR -
Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang
pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini
bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru
sekolah itu kelmarin. Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik
pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi
lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut. Difahamkan,
sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar
terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga
mengganggu pelajar lain.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah. Dipetik daripada Kosmo |
5. Isu Pertembungan Budaya
·
Cara
percakapan
- Banyak bahasa barat telah bercampur ke dalam
bahasa kita contohnya “Mala mini kita
pergi dinner.”.
·
Fesyen
Barat
- Masyarakat Malaysia meniru fesyen daripada
barat terutamanya dari segi pemakaian.
·
Makanan
dan minuman Barat
- Dominasi makanan barat telah menenggelamkan
makanan tradisi masyarakat hari ini.
- Terdapat pelbagai jenama makanan barat
di mana-mana bandar di negara kita seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hut dan
lain-lain manakala minuman seperti Pepsi,Cola-Cola, Seven-Up dan lain-lain
lagi.
·
Pergaulan
bebas
· Judi
dan arak
-
Dalam
Al-Quran dinyatakan judi dan arak adalah haram disisi agama Islam kerana tidak
ada kebaikan langsung daripada perbuatan tersebut.
-
Manakala,
budaya barat seperti “clubbing” merupakan satu budaya yang semakin popular
dalam kalangan remaja. Mereka merasakan judi dan arak adalah sesuatu kegiatan
yang dapat mendatangkan keseronokan dan kekayaan secara cepat.
isu-isu yang lengkap terima kasih
BalasPadam